PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Khamis, 13 Oktober 2011

Aktiviti Jiranita

Aktiviti Jiranita

Assalamualaikum wm wbkt

Jiranita akan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti berikut;

1.         BACAAN YASSIN DARI RUMAH KE RUMAH
            Hari                  :  setiap Jumaat malam Sabtu
            Masa                :  8.30 malam
            Akan bermula pada 14 Oktober 2011 di rumah Pn Noriah No 8 Jalan 9.
Jadual seperti dilampiran.Semua ahli Jiranita dijemput hadir.

2.         SENAMROBIK DAN POCO-POCO
          Hari                  :  setiap pagi hari Ahad
            Masa                :  7.30 pagi
            Tempat             :  padang sepak takraw di hadapan Jalan 5
Akan bermula pada 16 Oktober 2011
Semua ahli Jiranita dijemput hadir.

3. PEMBELIAN KAIN UNTUK BAJU SERAGAM JIRANITA
Pada mesyurat Jiranita yang lalu, majoriti ahli yang hadir telah bersetuju untuk membuat baju yang baru iaitu warna merah jambu dari kain kapas dengan anggaran harga RM50.00 sepasang. Kain akan dibeli setelah bayaran RM50 atau sekurang-kurangnya RM30 diberi sebelum atau pada 30 Oktober 2011 kepada;
1. Puan Shahidah bt Abdullah No 39, Jalan 9 ; atau
2. Puan Azrina bt Aziz No 46, Jalan

Selasa, 11 Oktober 2011

Assalamualaikum wm wbkt.

Pihak AJK Jiran Sepakat berhasrat ingin mengadakan aktiviti lawatan ke Rumah Amal Ummul Qura Bukit Beruntung Selangor pada 23/10/2011 (Ahad).

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) Bukit Beruntung diasaskan oleh Ustaz Johari bin Murad dan isteri beliau Puan Sumaiyah Binti Mohd Jawas. Ianya berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang ibubapanya berpisah dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan dan perlindungan mereka.

RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ) ini menjaga seramai 60 orang penghuni di mana perbelanjaan bulanannya sudah menghampiri RM30,000.00 untuk membiayai makan minum, pengangkutan, sewa asrama, utiliti, perubatan, pendidikan, saguhati untuk petugas-petugas dan lain-lain. Di antara barang yang sangat diperlukan  ;- ampaian baju utk luar, tempat letak baju, tong sampah, penyapu, mop lantai, pisau, sudit, senduk, sudu, periuk, hanger, blender, dapur yang sesuai utk asrama, milo, susu tepung, gula minyak masak, tepung dll.

Sekiranya ada dikalangan pihak tuan/puan yang sudi untuk menghulurkan tidak kira apa jua bentuk bantuan, sila salurkan sumbangan anda ke AJK Jiran Kebajikan kami iaitu :-

a)         En Kamarurruzaman bin Othman (JS0003) 013-222 2541
No.36, Jln Pelangi 7, Taman Pelangi Rawang

b)         En Mohd Shaiful Rasul bin Abdullah (JS0004)  013-397 7151
No.54, Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

c)         En Mohd Sufian Suboh (JS0009)    019-240 2578
No.46 Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

d)         atau mana-mana AJK Jiran Sepakat

TARIKH AKHIR penghantaran semua sumbangan adalah pada 16/10/2011 (Ahad).


Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...