PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Jumaat, 29 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

















Assalamualaikum
Jiran Sepakat mengucapkan . Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti, lebih bermakna dan lebih segala2nya dari Ramadhan yg lalu.

Khamis, 21 Julai 2011

Jom Berbuka Puasa Bersama di Perangsang Templer Golf Club

Jiran Sepakat menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Di Perangsang Templer Golf Club pada;
          Hari      :   Sabtu
          Tarikh   :   20 Ogos 2011
Harga kupon;
          Dewasa           :   RM35.00 nett
          Kanak-kanak   :   RM20.00 nett
          (6 - 12 tahun)
Kepada yang berminat untuk turut serta sila hubungi En Jasazami  012-2385447 atau Pn Shahidah 012-2259116, No 39 Jalan Pelangi 9 selewat-lewatnya pada 25 Julai 2011.
Keterangan lanjut, sila lihat lampiran.

Terima kasih.


Rabu, 20 Julai 2011

Aduan ke MPS Terkini

PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT
TAMAN PELANGI FASA II RAWANG SELANGOR
1385 -11-SEL

No 20 Jalan Pelangi 6, Taman Pelangi, 48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

YDP : 019-2174149        SU : 019-3223435
_________________________________________________________________


Rujukan           : Bil (25) JS dlm Aduan (Prasarana)(3)/11
Tarikh              : 8hb Julai 2011


MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Menara MPS, Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-6126 5800, 603-6120 4903,  Fax : 603-6138 8933

U/P : Bahagian Aduan

Tuan,

ADUAN MASALAH PEMBERSIHAN KAWASAN


Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya, selaku YDP Jiran Sepakat wakil kepada penduduk Taman Pelangi Fasa II dengan ini ingin memohon agar pihak tuan dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan di hadapan Jalan Pelangi 3, Jalan Pelangi 4, Jalan Pelangi 5 dan Jalan Pelangi 6 dengan memotong rumput yang ada dengan kadar segera. Kawasan yang terlibat merupakan salah satu kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang dan amat berharap agar kerja-kerja pemotongan rumput khasnya boleh dijalankan 3 bulan sekali.

Ini adalah disebabkan oleh :-

a)            Beberapa kali kelihatan ular melintas jalan dan memasuki rumah yang berdekatan dimana kejadian terbaru, pada 28 Jun 2011, seekor ular hitam, panjang lebih daripada 1 meter masuk ke dalam rumah no 51 Jalan Pelangi 4 dan penduduk memanggil bomba tetapi ular tidak dijumpai dan dipercayai masuk ke dalam saluran air ;
b)            Ada juga penduduk yang jumpa ular hidup di tempat kasut dan tempat letak kereta;
c)            Meningkatkan kadar kecurian ;
d)            Menggalakkan pembiakan nyamuk, tikus dan anjing liar.

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar untuk perhatian pihak tuan dan tindakan yang segera dari pihak tuan amat kami dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas



…………………………………
ROSTAM BIN MAT
YDP Jiran Sepakat


s.k. FAIL

Selasa, 19 Julai 2011

Taqwim Aktiviti Jiran Sepakat Bagi Julai - September 2011



  AKTIVITI JIRAN SEPAKAT SEPANJANG BULAN JULAI – SEPTEMBER 2011


NO


TARIKH

AKTIVITI

TEMPAT

MASA

TARIKH TUTUP


AJK

CATATAN

1

17 Julai 2011

Kenduri Menyambut Puasa & Tahlil Arwah


No 39, Jalan 9

Selepas Maghrib

7 Julai 2011

En Rostam
( 019-217 4149)
Tn Hj.Saiful -
(019-380 1886)
Pn Shahidah
(012-225 9116)


Sumbangan ikhlas

2

14 Ogos 2011

Bubur Lambuk


No 51, Jalan 4

9.00 am

5 Ogos 2011

Pn Shahidah
(012-225 9116)
Pn Azrina
(019-360 2578)


Sumbangan ikhlas


3

20 Ogos 2011

Jualan air kordial

Depan rumah No 58, Jalan 9


10.00am – 2.00pm


-

En Rostam
(019-217 4149)



RM25 sebotol (5 liter). Perisa oren, mangga, anggur, laici dll

4

20 Ogos 2011

Berbuka Puasa

Perangsang Templer Golf Club


Maghrib

25 Julai 2011

En Jasazami -
(012-238 5447)
Pn Shahidah
(012-225 9116)


RM35 - dewasa
RM20 -  kanak –kanak
(6-12 tahun)


5

5, 6, 7, 12, 13, 14, 19, 20, 21, 26, 27
& 28
Sept 2011

Marhaban Raya

Rumah ahli yang berkenaan
(senarai akan diedarkan kemudian)


Bermula 8.30 malam

12 Ogos 2011

Pn Hamitah
(012-590 3646)



Tiga (3) atau empat (4) buah rumah pada setiap malam.

Kenduri Sambutan Ramadhan , Tahlil Arwah dan Doa Selamat Jiran Sepakat

Salam semua ahli Jiran Sepakat ..

Alhamdulillah, kenduri sambutan Ramadhan & tahlil arwah dan doa selamat Jiran Sepakat telah selesai dengan jayanya .

Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dan menyumbang   dari segi wang ringgit, makanan , tenaga dan sebagainya .. semoga semangat ini dapat kita kekalkan.. Jutaan Terima kasih sekali lagi kepada semua.









Selasa, 12 Julai 2011

Selamat Harijadi Pak Tam @ Rostam ( Tuan YDP Jiran Sepakat )

 Rombongan AJK Jiran Sepakat dan AJK Jiranita membuat satu  kejutan kepada Pak Tam apabila tiba-tiba muncul dihadapan rumah dengan membawa kek harijadi......
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE .......  UNTUK PAK TAM SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Isnin, 11 Julai 2011

JEMPUTAN

Assalamualaikum

Jiran Sepakat menjemput semua ahli Jiran Sepakat sekeluarga ke majlis tahlil arwah & menyambut Ramadhan
                         Tarikh:17 Julai 2011
                         Hari: Ahad
                         Masa: selepas Maghrib
                         Tempat : 39 Jalan Pelangi 9 ( Rumah Jasa )

Kedatangan anda amatlah dihargai....

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...