PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Selasa, 25 Oktober 2011

Program Korban Di Rumah Amal Ummul Qura' , Bukit Beruntung

Assalamualaikum
Berita terkini dari YDP En Rostam (Paktam), seorang hamba Allah akan mengadakan korban seekor lembu di Rumal Amal Ummul Qura pada Hari Raja Haji kedua. Beliau memohon bantuan & kerjasama dari semua untuk membantu dari segi melapah, memotong daging & memasak sebahagian daging untuk anak-anak yatim tersebut pada hari tersebut iaitu 7 November 2011.

Bagi sesiapa yang bersetuju untuk membantu, sila jawab dengan secepat mungkin.

Sebarang kemusykilan, sila hubungi En Rostam.

Terima kasih

Terima Kasih - Sumbangan Untuk Rumah Amal Ummul Qura'

Assalamualaikum
Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dalam apa jua bentuk termasuk pakaian, makanan, peralatan dapur, peralatan alat tulis, wang ringgit dan sebagainya. Terima kasih juga kepada yang telah turut serta bersama ke rumah Amal Ummul Qura semalam.
Terima kasih kepada semua AJK Jiran Kebajikan khasnya dan semua AJK Jiran Sepakat yang telah menganjurkan program ini.
Semoga usha murni sebegini diteruskan, insyallah.
Untuk pengetahuan semua, rumah Amal Ummul Qura ini masih memerlukan bantuan dari pelbagai bentuk. Ini termasuk membuat korban disana, buat masa ini belum ada sesiapa yang menghubungi mereka untuk mengadakan korban di sana
Semua sumbangan boleh disalurkan terus ke Maybank : 562012005195 atas nama PUSAT JAGAAN UMMUL QURA atau hubungi Pn Sumaiyah bt Mohd Jawas (setiausaha) 017-4864447, e-mail ummulqurabb@yahoo.com dan blog rumahamalummulqura.blogspot.com



Klik sini untuk melihat gambar di FB Jiran sepakat  > :http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002274476337

Selasa, 18 Oktober 2011

Assalamualaikum

Walaupun tarikh akhir penghantaran pada 16 Oktober tetapi jika ada yang masih berhajat untuk bersedekah, tuan/puan masih boleh menyerahkannya sehingga 8.00 am 23 Oktober 2011.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mengikuti lawatan ke rumah Amal Ummul Qura ini sila berkumpul ;

Tempat  :  hadapan rumah No 58 Jalan 9
Tarikh    :  23 Oktober 2011
Masa     :  8.00 am

Terima kasih.

Khamis, 13 Oktober 2011

Aktiviti Jiranita

Aktiviti Jiranita

Assalamualaikum wm wbkt

Jiranita akan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti berikut;

1.         BACAAN YASSIN DARI RUMAH KE RUMAH
            Hari                  :  setiap Jumaat malam Sabtu
            Masa                :  8.30 malam
            Akan bermula pada 14 Oktober 2011 di rumah Pn Noriah No 8 Jalan 9.
Jadual seperti dilampiran.Semua ahli Jiranita dijemput hadir.

2.         SENAMROBIK DAN POCO-POCO
          Hari                  :  setiap pagi hari Ahad
            Masa                :  7.30 pagi
            Tempat             :  padang sepak takraw di hadapan Jalan 5
Akan bermula pada 16 Oktober 2011
Semua ahli Jiranita dijemput hadir.

3. PEMBELIAN KAIN UNTUK BAJU SERAGAM JIRANITA
Pada mesyurat Jiranita yang lalu, majoriti ahli yang hadir telah bersetuju untuk membuat baju yang baru iaitu warna merah jambu dari kain kapas dengan anggaran harga RM50.00 sepasang. Kain akan dibeli setelah bayaran RM50 atau sekurang-kurangnya RM30 diberi sebelum atau pada 30 Oktober 2011 kepada;
1. Puan Shahidah bt Abdullah No 39, Jalan 9 ; atau
2. Puan Azrina bt Aziz No 46, Jalan

Selasa, 11 Oktober 2011

Assalamualaikum wm wbkt.

Pihak AJK Jiran Sepakat berhasrat ingin mengadakan aktiviti lawatan ke Rumah Amal Ummul Qura Bukit Beruntung Selangor pada 23/10/2011 (Ahad).

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) Bukit Beruntung diasaskan oleh Ustaz Johari bin Murad dan isteri beliau Puan Sumaiyah Binti Mohd Jawas. Ianya berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang ibubapanya berpisah dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan dan perlindungan mereka.

RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ) ini menjaga seramai 60 orang penghuni di mana perbelanjaan bulanannya sudah menghampiri RM30,000.00 untuk membiayai makan minum, pengangkutan, sewa asrama, utiliti, perubatan, pendidikan, saguhati untuk petugas-petugas dan lain-lain. Di antara barang yang sangat diperlukan  ;- ampaian baju utk luar, tempat letak baju, tong sampah, penyapu, mop lantai, pisau, sudit, senduk, sudu, periuk, hanger, blender, dapur yang sesuai utk asrama, milo, susu tepung, gula minyak masak, tepung dll.

Sekiranya ada dikalangan pihak tuan/puan yang sudi untuk menghulurkan tidak kira apa jua bentuk bantuan, sila salurkan sumbangan anda ke AJK Jiran Kebajikan kami iaitu :-

a)         En Kamarurruzaman bin Othman (JS0003) 013-222 2541
No.36, Jln Pelangi 7, Taman Pelangi Rawang

b)         En Mohd Shaiful Rasul bin Abdullah (JS0004)  013-397 7151
No.54, Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

c)         En Mohd Sufian Suboh (JS0009)    019-240 2578
No.46 Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

d)         atau mana-mana AJK Jiran Sepakat

TARIKH AKHIR penghantaran semua sumbangan adalah pada 16/10/2011 (Ahad).


Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...