PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Rabu, 25 Disember 2013

Kejohanan Bowling Tertutup Jiran Sepakat

Tahniah semua yang telah menjayakan kejohanan ini terutama kepada AJK Program dan AJK yang lain serta semua peserta seramai 70  orang . Alhamdulillah program kita ini berjaya . Terima Kasih semua . Kita jumpa di program akan datang.



Lotaran peresmian oleh Pak Tam 


Pemenang-pemenang

Isnin, 9 Disember 2013

Pihak Jiran Sepakat akan menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup  Jiran Sepakat
Tarikh  : 25 DISEMBER 2013 (RABU)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat  : Perangsang Templer Golf Club
 Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
Kepada yang berminat sila serahkan borang yang dilampirkan kepada :
 1) Pn Azizah (No 26 Jalan 7)   2) En Kamal Zan (No 27 Jalan 8) 
 3) En Azman Junit (No 45 Jalan 7)
 

Pasukan Futsal Jiran Sepakat - JS fc


Tempat Ke 4 dari 12 pasukan


Sabtu, 7 September 2013

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFIRTI BERSAMA 2013

Tarikh : 7 September 2013
Hari : Sabtu
Aturcara :
Lepas solat maghrib-Tahlil arwah Tn Hj Ghani dan ibu kepada En Kamal Zan
8.30mlm - Jamuaan Raya
Di alamat : 39 & 54 Jalan Pelangi 9




 


Isnin, 22 Julai 2013

Marhaban Raya Jiranita

Assalamualaikum, marhaban raya akan diadakan pd 19, 20, 21, 26, 27, 28 ogos, 2, 3, 4 sept. 3 buah rumah satu mlm bermula pukul 8.30 mlm. Boleh pilih tarikh & beritahu Pn Azrina. Mohon beritahu selewat2nya 28 julai utk kita edarkan jadual marhaban sebelum raya. T kasih.

Bg kkwn yg tak pernah buat marhaban tu..nie ada sedikit info..
Seboleh2 nye 1 mlm=3rmh...tak perlu buat makanan berat..cukup la skdr kuih raya saja..atau air kosong pun xpe..niat kita nak bermarhaban dan memohon maaf sesama kita
Tapi bg yg berhajat tu....makanan selain kuih raya akan dibuat dirmh terakhir utk mlm tersebut..maksudnye..kkwn blh bawa mknn ke rmh terakhir & kita akan makan drmh terakhir..
Tp bg kkwn yg xde geng utk 1mlm tu..bg tau aje tarikh yg kkwn leh bt marhaban..nnt kami akan cari kkwn lain utk join marhaban pd mlm tersbt
Bagi kkwn yg ada geng 4 org(sprt thn lps tu)...klau boleh xyah hidangkan ape2...kumpulkan kuih raya@makann dirmh terakhir(rmh ke 4)..sbb kita kesuntukan masa memandangkan esok kkwn kerja
Tujuan sebenar marhaban raya nie ada...memberi kesempatan kpd kita menziarah,bermaafan dan berhari raya drmh jiran2..klau nak hrpkan rumah terbuka..mmg tak berkesempatan krn mesti ramai kkwn/ahli keluarga/rakan kerja


Selasa, 16 Julai 2013

Bubur Lambuk Jiran Sepakat 2013

Assalamualaikum, seperti tahun2 yg lepas Jiran Sepakat akan membuat bubur lambuk dan kita akan buat pada tahun ni .Tetapi pada tahun ini TIADA KUTIPAN DUIT KERANA ADA PIHAK YANG MENYUMBANG/TAJA SEMUA KOS BAHAN-BAHAN BUBUR LAMBUK . Oleh itu, semua dijemput utk bergotong royong membuat bubur lambuk pada AHAD 21 julai 2013 di no 51 jln 4, jam 8.00 am. Bubur lambuk boleh diambil dari pukul 2pm hingga 3pm di no 51 jln 4. T kasih.


Selasa, 9 Julai 2013

Hari Keluarga Jiran Sepakat 2013

HARI KELUARGA JIRAN SEPAKAT 2013

Adalah dimaklumkan bahawa pihak  Jiran Sepakat akan mengadakan Hari Keluarga Jiran Sepakat 2013 seperti berikut :-

Tarikh                        : 26 & 27 Oktober 2013 (Sabtu & Ahad)
Tempat                      : Akan diberitahu

Tujuan majlis ini adalah untuk menyemai semangat setia kawan, bekerjasama dalam (gantikan dengan dan) mengeratkan siraturrahim di antara semua ahli.
Agenda hari keluarga adalah seperti berikut;
            Sabtu (26 Okt 2013)
            10.00 am    -    Ketibaan semua peserta
                                    di  Chalet
            10.30 am    -    Taklimat aktiviti 
            11.30 am    -    Penyediaan makanan tengahari
            12.00 pm    -    Makan tengahari (secara potluck dari semua peserta)
            1.30 pm      -    Solat Zohor
            2.00 pm      -    Sukaneka
            4.30 pm      -    Solat Asar
            5.00 pm      -    Aktiviti bebas (mandi manda di air terjun)
            7.30 pm      -    Solat Maghrib, bacaan Yassin & Tahlil
            8.30 pm      -    Solat Isyak
            9.00 pm      -    BBQ
            11.00 pm    -    Tidur

            Ahad (27 Okt 2013)
            6.00 am      -    Solat Subuh
            7.00 am      -    Sarapan pagi (disediakan oleh kaum ibu)
            8.00 am      -    Penyampaian hadiah & taklimat JS
            9.00 am      -    Aktiviti bebas
            12.00 am    -    Berangkat pulang


Sila isikan keratan dibawah dengan menyatakan persetujuan sama ada ingin mengikuti aktiviti ini atau tidak bagi membolehkan pihak AJK mengambil kira semua kos yang akan ditanggung oleh semua ahli JS yang menyertainya. Keratan tersebut hendaklah diserahkan pada En Jasazami bin Ahmad (012-238 5447)   sebelum _______

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, En Jasazami (012-238 5447). Maklumbalas dari pihak tuan / puan amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas
_______________________________________________________


Khamis, 20 Jun 2013

Majlis Menyambut Ramadhan dan Tahlil Arwah Bersama

Kepada semua ahli Jiran Sepakat, kita akan mengadakan  Kenduri Menyambut Puasa &  Tahlil Arwah Bersama pada 29 Jun 2013 , Sabtu , lepas solat Zohor di rumah En Aziz , No 51, Jalan Pelangi 4... Majlis ini akan dibuat secara gotong-royong dan sumbangan ikhlas boleh diserahkan kepada :En Rostam 58 Jln 9 , En Azizan 44 Jln 9, En Zainurin (Din Tayar) 48 Jln 2 ,  Pn Esiah 58 Jln 9,  Pn Enon 51 Jln 8 , Pn Hasmat 56 Jln 6.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dan keluarga akan mengimarah lagi majlis kita

Rabu, 5 Jun 2013

Tabung Kematian Untuk Ahli-ahli Jiran Sepakat

Jiran Sepakat telah melancar Tabung Kematian untuk ahli-ahlinya bagi meringgankan beban ahli jika ada kematian dikalangan ahli keluarga. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan dan kembalikan ke Setiausaha Jiran Sepakat.



Isnin, 20 Mei 2013

Program Bakti dan lawatan ke Rumah Anak Yatim Nasuha No 5, Jln GP 3/3, Tmn Gombak Permai, Pinggiran Bt Caves


Jiran Sepakat akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Nasuha No 5, Jln GP 3/3, Tmn Gombak Permai, Pinggiran Bt Caves pada 16 Jun 2013 (Ahad).

Sumbangan yang diperlukan adalah seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Semua sumbangan bolehlah diserahkan selewat-lewatnya pada 10 Jun 2013 kepada;

Tn Hj Mokhtar b Jusoh (013-3992150, 12 Jalan 9)
En Najib b Mohamed Suhaimi (017-2378292, 10 Jalan 9)
Pn Zainab bt Mohamad Ani (019-6425719, 51 Jalan 4)
Pn Esiah bt Ismail (019-2715377, 58 jalan 9)
Pn Enon Jariah bt Tajri (016-3834346, 51 Jalan 8)
Pn Hasmat bt Mohd Husin (019-3477863, 56 Jalan 6)

Bagi yang ingin turut serta ke rumah anak yatim ini, sila berkumpul di hadapan rumah no 58 Jalan 9 pada pukul 8.00 pagi, ahad, 16 Jun 2013.

Sabtu, 20 April 2013

Terkini

Tahniah En Rostam bin Mat (Pak Tam) , sekali lagi mendapat mandat sebulat suara dari semua ahli Jiran Sepakat untuk mengemudi persatuan Jiran Sepakat Taman Pelangi bagi sesi 2013-2013

Rabu, 10 April 2013

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM ) kali ke 3

Salam , semua ahli Jiran Sepakat dijemput ke majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM ) kali ke 3 pada hari Jumaat 19/4/13 jam 9 malam di 58 Jalan Pelangi 9 . Taman Pelangi ( Rumah Pak Tam ) .. kehadiran tuan/puan amat dihargai bagi menjayakan dan mengimarah majlis kita .. terima kasih

__________________________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...