PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Khamis, 25 Disember 2014

Assalamualaikum
Beberapa negeri dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka Jiran Sepakat membuat kutipan sumbangan dlm apa jua bentuk (seluar/baju/kain/wang/dll) untuk mangsa banjir .Sahabat semua boleh serahkan sumbangan tersebut kepada Pak Tam atau AJK yang ada di pejabat JS ( kabin) :
Setiap mlm lepas Isyak Bermula mlm esok 25/12/14 hingga ahad 28/12/14 .. Fasa pertama....

Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana.

Rabu, 10 Disember 2014

Program persediaan ke Tahun 6 & UPSR 2015 - Belajar Berkumpulan



Program   : Program persediaan ke Tahun 6 & UPSR 2015 - Belajar Berkumpulan 
Tempat     : Bilik Mesyuarat , Rumah Persatuan Jiran Sepakat
Tarikh       : Disember 2014 , 5 hari seminggu ( Isnin - Jumaat)
Masa         : 9.00 pagi - 12 Tengahari 
 
 Program di diseliakan oleh Pn Azrina . Program ni adalah bagi mengisi masa lapang bagi anak-anak yang akan mengambil UPSR pada tahun hadapan . Ia juga memupuk minat  belajar berkumpulan dengan cara yang  betul.


Sabtu, 9 Ogos 2014

Assalammualaiku
MAJLIS JAMUAN
HARI RAYA AIDILFIRTI BERSAMA
Hari/Tarikh : Ahad , 24 Ogos 2014
Masa : 10.00 pagi - 1.00 ptg
Tempat : Pejabat Jiran Sepakat , Jalan Pelangi 2
Semua ahli JS dan keluarga serta para jemputan dipersilakan hadir


Sabtu, 28 Jun 2014

Pejabat Baru Jiran Sepakat

Assalamualaikum
.

Alhamdulillah, JS tlh dpt sebuah kabin yg disumbangkan oleh seorang hamba Allah :
Tujuan/kegunaan kabin ini:
1- Pejabat Persatuan
2-Tempat mesyuarat agong/perjumpaan ahli
Tempat mesyuarat Ajk
3- Tempat diadakan aktiviti
a) kelas berzanji
b) buat bubur lambuk
c) tempat memasak jika ada kemduri/majlis
d) kelas tusyen
e) mini perpustakaan
f) Sukaneka
Dan lain-lain aktiviti persatuan

Justeru itu JS memerlukan dana bagi menampung kos keperluan & membaikpulih kabin seperti;
1. Air cond- rm 900-baru ( jika ada yang nak bagi second hand )
2. Pagar + bumbung ( awning) - rm3100 ( dawai pagar- simen -Awning- besi-skru)
3. Penyambungan elektrik TNB - rm1100 ( - penyambungan -deposit- meter)
4. Peralatan pejabat spt kerusi, meja, whiteboard, noticeboard dll
5. Almari / rak
6. Apa jua btk sumbangan

blehlah diserahkan kpd mana2 AJK Jiran Sepakat & didahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah swt jua yg membalasnya.

T kasih

Isnin, 17 Februari 2014

Jiran Sepakat akan mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Bdr Tasik Puteri

Assalamualaikum
Jiran Sepakat akan mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Bdr Tasik Puteri yg menjaga 3 org warga tua & 20 org anak yatim & miskin (lelaki & perempuan, 10-17 thn) serta membantu 20 org fakir miskin pd;
Tarikh : 9 Mac 2014 (Sabtu)
Masa ; 9 pagi
Semua sumbangan dlm apa jua bentuk blehlah diserahkan kpd;
1. Pn Hasmat, 56 Jln 6
2. Pn Ainon, 51 Jln 8
3. Pn Zainab, 51 Jln 4
4. Pn Azrina, 46 Jln 9
5. En Rostam/Pn Esiah 58 Jln 9
T kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...