PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Selasa, 11 Oktober 2011

Assalamualaikum wm wbkt.

Pihak AJK Jiran Sepakat berhasrat ingin mengadakan aktiviti lawatan ke Rumah Amal Ummul Qura Bukit Beruntung Selangor pada 23/10/2011 (Ahad).

Rumah Amal Ummul Qura (RAUQ) Bukit Beruntung diasaskan oleh Ustaz Johari bin Murad dan isteri beliau Puan Sumaiyah Binti Mohd Jawas. Ianya berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin, anak-anak yang ibubapanya berpisah dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan dan perlindungan mereka.

RUMAH AMAL UMMUL QURA (RAUQ) ini menjaga seramai 60 orang penghuni di mana perbelanjaan bulanannya sudah menghampiri RM30,000.00 untuk membiayai makan minum, pengangkutan, sewa asrama, utiliti, perubatan, pendidikan, saguhati untuk petugas-petugas dan lain-lain. Di antara barang yang sangat diperlukan  ;- ampaian baju utk luar, tempat letak baju, tong sampah, penyapu, mop lantai, pisau, sudit, senduk, sudu, periuk, hanger, blender, dapur yang sesuai utk asrama, milo, susu tepung, gula minyak masak, tepung dll.

Sekiranya ada dikalangan pihak tuan/puan yang sudi untuk menghulurkan tidak kira apa jua bentuk bantuan, sila salurkan sumbangan anda ke AJK Jiran Kebajikan kami iaitu :-

a)         En Kamarurruzaman bin Othman (JS0003) 013-222 2541
No.36, Jln Pelangi 7, Taman Pelangi Rawang

b)         En Mohd Shaiful Rasul bin Abdullah (JS0004)  013-397 7151
No.54, Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

c)         En Mohd Sufian Suboh (JS0009)    019-240 2578
No.46 Jln Pelangi 9, Taman Pelangi Rawang

d)         atau mana-mana AJK Jiran Sepakat

TARIKH AKHIR penghantaran semua sumbangan adalah pada 16/10/2011 (Ahad).


Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...