PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Rabu, 20 Julai 2011

Aduan ke MPS Terkini

PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT
TAMAN PELANGI FASA II RAWANG SELANGOR
1385 -11-SEL

No 20 Jalan Pelangi 6, Taman Pelangi, 48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

YDP : 019-2174149        SU : 019-3223435
_________________________________________________________________


Rujukan           : Bil (25) JS dlm Aduan (Prasarana)(3)/11
Tarikh              : 8hb Julai 2011


MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
Menara MPS, Persiaran 3,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603-6126 5800, 603-6120 4903,  Fax : 603-6138 8933

U/P : Bahagian Aduan

Tuan,

ADUAN MASALAH PEMBERSIHAN KAWASAN


Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya, selaku YDP Jiran Sepakat wakil kepada penduduk Taman Pelangi Fasa II dengan ini ingin memohon agar pihak tuan dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan di hadapan Jalan Pelangi 3, Jalan Pelangi 4, Jalan Pelangi 5 dan Jalan Pelangi 6 dengan memotong rumput yang ada dengan kadar segera. Kawasan yang terlibat merupakan salah satu kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Selayang dan amat berharap agar kerja-kerja pemotongan rumput khasnya boleh dijalankan 3 bulan sekali.

Ini adalah disebabkan oleh :-

a)            Beberapa kali kelihatan ular melintas jalan dan memasuki rumah yang berdekatan dimana kejadian terbaru, pada 28 Jun 2011, seekor ular hitam, panjang lebih daripada 1 meter masuk ke dalam rumah no 51 Jalan Pelangi 4 dan penduduk memanggil bomba tetapi ular tidak dijumpai dan dipercayai masuk ke dalam saluran air ;
b)            Ada juga penduduk yang jumpa ular hidup di tempat kasut dan tempat letak kereta;
c)            Meningkatkan kadar kecurian ;
d)            Menggalakkan pembiakan nyamuk, tikus dan anjing liar.

Bersama-sama ini saya sertakan beberapa gambar untuk perhatian pihak tuan dan tindakan yang segera dari pihak tuan amat kami dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas



…………………………………
ROSTAM BIN MAT
YDP Jiran Sepakat


s.k. FAIL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...