PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com
Selasa, 23 Ogos 2011
Isnin, 15 Ogos 2011
Assalamualaikum
Pada 20 Ogos (10 pagi - 2 petang) ini akan diadakan penjualan kordial dari pelbagai perasa seperti mangga, oren, anggur dll yang berharga RM25 sebotol (5 liter) dan berbagai kuih raya.
Jika ada sesiapa yang ingin berniaga pada hari tersebut sangat2 dialu2kan. Sila hubungi En Rostam 019-2174149 secepat mungkin. Tiada bayaran dikenakan
Memasak Bubur Lambuk Bersama - Jiranita
Assalamualaikum
Terima kasih di atas segala sumbangan dalam apa jua bentuk samada wang ringgit, tenaga dan sebagainya di dalam menjayakan program bubur lambuk pada 14.08.11.
Bubur lambuk telah diagihkan kepada;
1. 37 buah rumah penyumbang (33 ahli dan 4 bukan ahli)
2. 20 buah rumah ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim di Taman Pelangi & Pinggiran Pelangi (mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi)
Jumlah sumbangan RM1272.35. Duit lebihan perbelanjaan bubur lambuk telah diagihkan kepada;
1. 13 (13 X RM10) orang anak yatim mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi
2. 12 (12 X RM50) ibu tunggal, orang miskin yang juga penerima bantuan pusat zakat mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi
Semoga usaha sebegini berterusan dan dikekalkan.
Terima kasih
Langgan:
Catatan (Atom)
