PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Selasa, 9 Julai 2013

Hari Keluarga Jiran Sepakat 2013

HARI KELUARGA JIRAN SEPAKAT 2013

Adalah dimaklumkan bahawa pihak  Jiran Sepakat akan mengadakan Hari Keluarga Jiran Sepakat 2013 seperti berikut :-

Tarikh                        : 26 & 27 Oktober 2013 (Sabtu & Ahad)
Tempat                      : Akan diberitahu

Tujuan majlis ini adalah untuk menyemai semangat setia kawan, bekerjasama dalam (gantikan dengan dan) mengeratkan siraturrahim di antara semua ahli.
Agenda hari keluarga adalah seperti berikut;
            Sabtu (26 Okt 2013)
            10.00 am    -    Ketibaan semua peserta
                                    di  Chalet
            10.30 am    -    Taklimat aktiviti 
            11.30 am    -    Penyediaan makanan tengahari
            12.00 pm    -    Makan tengahari (secara potluck dari semua peserta)
            1.30 pm      -    Solat Zohor
            2.00 pm      -    Sukaneka
            4.30 pm      -    Solat Asar
            5.00 pm      -    Aktiviti bebas (mandi manda di air terjun)
            7.30 pm      -    Solat Maghrib, bacaan Yassin & Tahlil
            8.30 pm      -    Solat Isyak
            9.00 pm      -    BBQ
            11.00 pm    -    Tidur

            Ahad (27 Okt 2013)
            6.00 am      -    Solat Subuh
            7.00 am      -    Sarapan pagi (disediakan oleh kaum ibu)
            8.00 am      -    Penyampaian hadiah & taklimat JS
            9.00 am      -    Aktiviti bebas
            12.00 am    -    Berangkat pulang


Sila isikan keratan dibawah dengan menyatakan persetujuan sama ada ingin mengikuti aktiviti ini atau tidak bagi membolehkan pihak AJK mengambil kira semua kos yang akan ditanggung oleh semua ahli JS yang menyertainya. Keratan tersebut hendaklah diserahkan pada En Jasazami bin Ahmad (012-238 5447)   sebelum _______

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, En Jasazami (012-238 5447). Maklumbalas dari pihak tuan / puan amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas
_______________________________________________________


Khamis, 20 Jun 2013

Majlis Menyambut Ramadhan dan Tahlil Arwah Bersama

Kepada semua ahli Jiran Sepakat, kita akan mengadakan  Kenduri Menyambut Puasa &  Tahlil Arwah Bersama pada 29 Jun 2013 , Sabtu , lepas solat Zohor di rumah En Aziz , No 51, Jalan Pelangi 4... Majlis ini akan dibuat secara gotong-royong dan sumbangan ikhlas boleh diserahkan kepada :En Rostam 58 Jln 9 , En Azizan 44 Jln 9, En Zainurin (Din Tayar) 48 Jln 2 ,  Pn Esiah 58 Jln 9,  Pn Enon 51 Jln 8 , Pn Hasmat 56 Jln 6.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dan keluarga akan mengimarah lagi majlis kita

Rabu, 5 Jun 2013

Tabung Kematian Untuk Ahli-ahli Jiran Sepakat

Jiran Sepakat telah melancar Tabung Kematian untuk ahli-ahlinya bagi meringgankan beban ahli jika ada kematian dikalangan ahli keluarga. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan dan kembalikan ke Setiausaha Jiran Sepakat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...