PERTUBUHAN SOSIAL JIRAN SEPAKAT TAMAN PELANGI FASA 2 RAWANG SELANGOR [1385-11-sel]
email ; jiransepakat.pelangi@gmail.com

Isnin, 15 Ogos 2011

Assalamualaikum
Pada 20 Ogos (10 pagi - 2 petang) ini akan diadakan penjualan kordial dari pelbagai perasa seperti mangga, oren, anggur dll yang berharga RM25 sebotol (5 liter) dan berbagai kuih raya.

Jika ada sesiapa yang ingin berniaga pada hari tersebut sangat2 dialu2kan. Sila hubungi En Rostam 019-2174149 secepat mungkin. Tiada bayaran dikenakan

Memasak Bubur Lambuk Bersama - Jiranita

Assalamualaikum

Terima kasih di atas segala sumbangan dalam apa jua bentuk samada wang ringgit, tenaga dan sebagainya di dalam menjayakan program bubur lambuk pada 14.08.11.
Bubur lambuk telah diagihkan kepada;
1.   37 buah rumah penyumbang (33 ahli dan 4 bukan ahli)
2.   20 buah rumah ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim di Taman Pelangi & Pinggiran Pelangi (mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi)


Jumlah sumbangan RM1272.35. Duit lebihan perbelanjaan bubur lambuk telah diagihkan kepada;
1.   13 (13 X RM10) orang anak yatim mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi
2.   12 (12 X RM50) ibu tunggal, orang miskin yang juga penerima bantuan pusat zakat mengikut senarai yang telah diberikan oleh Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi
Semoga usaha sebegini berterusan dan dikekalkan.

Terima kasih

Rabu, 10 Ogos 2011

Pemberitahuan : Gotong royong untuk membuat bubur lambuk

Assalamualaikum wm wbkt

Gotong royong untuk membuat bubur lambuk akan di adakan pada;
          Tarikh      :   14.08.2011
          Masa       :   9.00 pagi
          Tempat    :   No 51, Jalan Pelangi 4

Insyallah, kita akan memasak bubur lambuk utk 20 kg beras dan akan diagihkan kepada semua yang telah menyumbang, setakat ini seramai 29 buah rumah yang telah menyumbang.

Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada;
1.   semua rumah yang telah menyumbang
2.   rumah anak yatim, ibu tunggal & orang miskin di Taman Pelangi (maklumat ini dapat dari Surau Al-Ikhwan, Taman Pelangi)
3.   jiran-jiran di Taman Pelangi (jika ada dirumah ketika pengagihan / pengedaran)

Wang lebih daripada perbelanjaan membuat bubur lambuk akan diagihkan kepada ;
1.   anak-anak yatim di Taman Pelangi
2.   keluarga miskin di Taman Pelangi

Kepada sesiapa yang berkelapangan, jemputlah untuk bersama-sama bergotong royong membuat bubur lambuk.

Terima kasih.

Isnin, 1 Ogos 2011

Program Masak Bubur Lambuk Bersama

Program Masak Bubur Lambuk Bersama , pada 14 Ogos 2011 di No 51, Jalan 4 . masa 9.00 am , Sumbangan ikhlas boleh diserahkan kepada Pn Shahidah 012-2259116 & Pn Azrina 019-3602578 . Bubur lambuk akan diedarkan kepada semua penyumbang dan anak yatim di Taman Pelangi. Jika banyak, akan diedarkan kepada para penduduk yang lain di Taman Pelangi dan anak yatim diluar Taman Pelangi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...