Jumaat 27 Mei 2011 - Mesyuarat AJK Jiran Sepakat Kali Pertama bagi Sesi 2011/13 telah diadakan bagi membincangkan semua aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2011. Pada mesyuarat tersebut pihak AJK telah bersetuju untuk menubuhkan AJK Kecil yang dikenali sebagai :
- Jiranita - Bertindak untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan kaum wanita khasnya.
- Jiran Kebajikan - Bertindak untuk menangani masalah yang berkaitan dengan kebajikan seperti kematian, sakit dan kelahiran anak.
- Jiran Prasarana - Bertindak untuk menjalankan aktiviti kenduri-kendara, gotong royong dan sebagainya.
- Jiran Aktif - Bertindak untuk menjalankan aktiviti sukan , riadah dan motivasi.
- Jiran Keselamatan - Bertindak dari segi keselamatan seperti kecurian dan berurusan dengan pihak polis.
- Jiran Penerangan - Bertindak untuk menerima aduan, menyebarkan maklumat (email , SMS, surat pekeliling, memo dan sebagainya.), mengemaskini blog.
- Jiran Ekonomi - Bertindak untuk mencari dana untuk mengisi tabung persatuan khasnya.
Diharap dengan tertubuhnya AJK Kecil ni maka Jiran Sepakat dapat menjalankan aktiviti dan perancangannya dengan lebih teratur dan mencapai matlamat.
Semua aktivti akan diberitahu dari semasa ke semasa kepada semua ahli melalui blog, email , SMS, surat pekeliling, memo dan sebagainya.
Sekian.